Tuesday, 2 August 2011

Semakin

Semakin dekat…semakin jauh
Cuba ku dekati, kau lari
Semakin bererti….semakin tak bermakna
Cuba ku fahami, kau pergi
Diri terpinggir tersadar ditepi memori
Tiada guna mencari konklusi ilusi ini
Semakin yang tidak mungkin
Ini rasa yang akan pudar seperti yang lain
Api dengan api menjadi merpati
Tersimpul mati segala ingatan
Air menjadi udara hama berlari
Kaulah peneman sementara ada
Ada dan tidak sama sahaja
Ku tetap akan kata bla bla bla
Apa-apalah aku tidak kisah
Semakin yang tidak mungkin
Harapan tidak rapat tapi rapuh
Kau yang rugi
Aku yang tambah rezeki
Bukit ku panjat
Laut ku renangi
Langit ku terbang
Semakin jauh, semakin dekat
Impian aku menjadi-jadi
Datang lagi
Selamat tinggal semalam
Selamat pergi sayang
Selamat datang yang pernah hilang
Semakin ku lena, semakin ku selesa
Semakin kau mahukan aku
Semakin ku tidak lagi “I love you”
Semakin ku sayang diri ku....

No comments:

Post a Comment