“Everybody can be great because anybody can serve. You don’t have to have a college degree to serve. You don’t have to make your subject and verb agree to serve. You only need a heart full of grace. A soul generated by love."
Tuesday, 4 October 2011
Anda Tak Gorgeous dan Tak Tahu Cara Untuk Cari Bakal Suami?
Hello gadis kesunyian dan jejaka player sekalian. :)) What's up??
Kalau korang perasan, pagi petang siang mlm aku dok sebut pasal awek gorgeous/comel. "Awek gorgeous, awek goegeous, awek gorgeous." Ya sikit-sikit awek gorgeous. Sikit-sikit awek gorgeous. Kan? Asyik awek gorgeous je yg jadi perhatian kan? Dah tu, awek tak gorgeous aku nak taruk mana? Obviously, how the hell i know.
But then, bila diingat-ingat balik, aku dah byk kali terjumpa komen-komen & entry (ya aku baca dimana2), aku perasan yg ramai gila cakap seolah2:
"oh, utk awek gorgeous je entry ni. saya tak gorgeous, tak ada org nak dan tak ada org kisah. saya tak wujud pun tak apew".
Alalalalalala, ciannya. Oh come on, girls. Apa korang fikir lelaki hanya aim utk gadis gorgeous semata-mata? Okay memang ya most of lelaki sukakan gadis yg berdahi licin, gebu dan comel. But...but...but apa ya?. Hmmmm. Nevermind. Actually, tak semua lelaki yang sukakan perempuan gorgeous semata-mata. Sebab aku rasa kalau korang perasan pun, ramai je kawan-kawan korang yg tak lawa tetapi dah ada boyfriend kan? kan?
Saya dah ready nak kawen. tapi tak ada calon suami. nak mintak keluarga yg pilihkan, mmg tak ah sbb mak ayah dah xde. so, camnewwww?
Imagine yg korang adalah seorang gadis. Korang dah ada pekerjaan, dah ada duit apa semua. Semua dah lengkap. Tinggal nak kawen jer. Tapi tak ada org nak kawen dgn korang. So, apa korang nak buat? Oh oh ya, tak ada yg nak kawen dgn korang sebab korang tak cun. so, again, what to do?
Some of us asyik cakap-cakap pasal girl cantik, boyfriend kacak, perfect couple dan sebagainya. Dan sebenarnya benda macam ni la yg membuatkan girls yg rasa dia tu tak cantik, akan bertindak spt org yg tak cantik. And, what the hell is "cantik" anyway?
Let me tell you a story pasal seorang lelaki dan seorang perempuan yg bercinta melalui telephone rumah. Ini cerita zaman dulu-dulu tau. Zaman ni tak semua org tahu internet tu apa kebenda jadah. And satu-satunya cara untuk contact someone dgn cepat adalah dgn menggunakan phone. Dan dgn menggunakan phone itu, aku pernah tgk member aku call random number dgn harapan ada gadis yg akan angkat. Bila dpt awek yg sama umur angkat call, haa, apa lagi, terus tackle lah. Ya, seriously, ada lelaki buat mcm ni.
Dan cerita yg aku nak cerita ni pun lebih kurang lah modus operandi seperti diatas. Cuma, this guy tak buat mcm random call. Dia just tersilap tekan nombur phone. And bila dah tersilap tekan nombor phone, maka, tersilap call org lain lah. Dan org tu adalah seorang gadis dgn suara yg amat-amat merdu. Bila dah merdu, lelaki pun akan cairlah. Ya, inilah sebabnya suara tu aurat. Dan disebabkan lelaki tu cair, lelaki tu pun ayat-ayatlah perempuan suara merdu tersebut sampai dapat.
Dan bila si lelaki tu berjaya tackle hati si gadis, dia ajaklah si gadis tu berjumpa. tapi si gadis tu tak nak. Why? Sbb katanya, si lelaki tu sure akan dah tak minat kat gadis tersebut sebab si gadis tu gemuk. Tapi selepas dipujuk-pujuk, akhirnya si gadis tu setuju untuk berjumpa. Dan bila dah berjumpa apa yg jadi? Ya, si lelaki tu tinggalkan gadis tu. No! Seriously no. Bila si lelaki tu jumpa si gadis tu, si lelaki tu agak kekok at the first place. Tapi disebabkan ciri-ciri kelembutan termasuk kemerduan suara si gadis, maka, si lelaki tu tetap jatuh hati. And now, diaorg dah berkahwin. Lebih dari 10 tahun dah rasanya.
You know, the best thing about cinta cyber/cinta phone adalah kerana ianya tak berdasarkan fizikal semata-mata. Imagine yg korang jatuh cinta bukan krn paras rupa tetapi sifat dia, cara dia bercakap, cara dia menjawap soalan kosong dan sebagainya hanya dgn melalui suara/text. Nice kan? Instead of boys yg akan aim gadis-gadis dahi licin dan bentuk badan lentik kan? Puihhhh. Nak cari yg dahi licin jer. Dahi dia penuh jerawat tak sedar diri. Bila jumpa girls yg byk jerawat, terus tak layan. *Terasa*
Oh, other than that, apa yg boleh saya buat utk dapatkan calon suami?
Pernah tak korang dgr lagu "Black and Yellow" dari Wiz Khalifah? Ya, lagu dia pernah dapat #1 dalam carta Billboard. Dan korang suka lagu ni? Well for me, ni lagu paling teruk pernah aku dengar. Yet, dapat no 1? Why? WHY? Sebab dia asyik dimain kan lah. Lagu shit mcm mana sekali pun kalau dah setiap hari play kat radio sure org akan terasa best kan?
Begitu juga dgn face. You're ugly? It's fine. Tapi trust me, akan ada punyalah lelaki yg terpikat bila tgk muka korang nak-nak bila asyik luangkan masa bersama-sama. Well, ini telah diterangkan oleh The Barnicle Barney dalam How Met Your Mother tentang The Mermaid Theory. Ya, theory dia simple.
"The theory explains that no matter how unattractive a man finds a woman today, there will eventually be a time when she becomes attractive to him".
Untuk hari pertama korang jumpa that ugly boy n girl, korang akan nampak dia sebagai dugong. But, selepas beberapa hari, korang akan nampk dia sbg mermaid. Ya, ini adalah suatu fakta. Why? Sebab kita asyik dok mengadap muka dia lah. Macam kawan-kawan korang. First day jumpa dia, rasa macam nak benci tanpa sebab. Tapi bila dah kenal, perghh terus rasa dia ada good looking face kan?. Dan juga, for certain reason yg tak boleh dihuraikan dari segi fizikal, mental dan sains, wajah yg tak cantik/tak handsome akan nampak cantik/handsome utk certain people yg lain. Sebab tu lah wujudnya istilah "Beauty is in the eye of beholder".
But how? Ya, spend your time together. Kau minat kat colleague kau, kau pandai-pandailah buat ajak dia lunch ke. Apa ke. Hari-hari tengok muka korang, sure dia akan rasa suka okay. Ya dia mungkin akan rasa 'okay' bila pandang muka korang. Actually, 'okay' is way much better than huduh to him. Why? Sebab as long as you girls boleh buat si lelaki rasa sejuk hati or tenang or selesa bila melihat /borak dgn korang, then korang blh dikatakan ada chance utk tackle hati dia. And of course, those enexplained phenomena adalah termasuk dgn Sex Appeal. Dengan Sex Appeal, tanpa muka yg kacak/comel pun sure akan dapat buah hati kan? But remember girls, always play hard. Kalau play cheap, sure tak akan dapat.
So, how up your face, girls and boy sekalian. Tell the world that you are handsome and gorgeous!! But please dont ask for mine. Aku pernah nak letak gambar aku yg tak comel ni. But somehow, kawan aku ada kata "kau tak yah la letak gambar kau tu. 1000 kali org tgk pun tetap tak akan nampak comel." Sejak dari hari itu. Aku give up. wuhuhhhh.
Please, untuk certain people, jodoh tak akan datang bergolek. Macam rezeki jugaklah. Kadang-kadang, ada org dilahirkan kaya, dan ada yg dilahirkan miskin. Ada yg kena berusaha utk dapatkan rezeki. Dan ada yg habis belajar je, terus sambung business keluarga. Jodoh dan rezeki itu kerja Tuhan. Kalau korang kerja keras utk dapatkan rezeki, then, why the hell korang rasa korang boleh relax-relax goyang kaki tunggu jodoh datang bergolek?.
Tapi kalau korang super gorgeous, tak der hal lah jodoh tu datang bergolek. Gorgeous? Untung laaaaa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment