Nilai Hantara Kahwin Mengikut Harga Purata Pasaran Terkini dan Status Seluruh Semenanjung.
UPSR, PMR/SRP: RM1,000-RM3,000
SPM: RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA: RM8,000-RM12,0000
DEGREE: RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER: RM15,000-RM20,0000
PHD: RM20,000-RM30,000
Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Purata Per Kapita Seisi Rumah, Keturunan, dan Darjat Seluruh Semenanjung.
MISKIN TEGAR: RM500-RM1,000
MISKIN: RM1,000-RM3,000
SEDERHANA MISKIN: RM3,000-RM6,000
SEDERHANA: RM6,000-RM10,000
SEDERHANA KAYA: RM10,000-RM15,000
KAYA: RM15,000-RM20,000
SANGAT KAYA: RM20,000-RM50,000
JUTAWAN: RM50,000-RM100,000
(Semua nilai berdasarkan purata pemerhatian semasa dan kajian-kajian kes hantaran perkahwinan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka & Johor)
Okay, untuk kaum lelaki. Mau tak gila korang tengok nilai ni kan? Ijazah sampai lima belas ribu. Kalau ikut status pendapatan lagi entah mcm mana lah. Tu baru duit hantaran. Cuba kira duit untuk kenduri kendara secara puratanya dinilai dalam lingkungan RM10,000 untuk kenduri kecil, tumbang sekor lembu, ayam 50 ekor, masak-masak lain, khemah 2 pasang, siap pelamin biasa-biasa, mak andam, duit sewa DJ, upah tukang masak, dan lain-lain yg menjadikan jumlah sekurang-kurangnya nak dekat TIGA PULUH RIBU untuk majlis kebiasaan anak gadis yg BERIJAZAH.
Persoalannya, RM30,000 bolehkah dikumpulkan dalam tempoh 3-4 tahun? Tak kan? Mungkin boleh, tapi siksa. Jadi, memudahkan jalan. Pinjam Bank Rakyat. Kalau yg kerja kerajaan, pinjam kerajaan lah.
Kadang-kalau kita terfikir. Nilai ni mcm nak jual anak ke? Orang muda mcm kita memang akan fikir mcm tu. Tapi babe, ini realiti. Ya, memanglah ada saja org yg boleh buat hantaran murah. Kalau yg ada tu mmg respect lah. Namun, berapa ketul lah sangat nak jumpa org macam tu? Dalam seribu pun payah.
So, berhadapanlah dengan realiti. Melainkan kalau mulut manis boleh slow talk dengan bakal mertua. Tapi, jangan berharap. Bukan senang hendak mengubah mind-set orang-orang tua walaupun mak ayah kita sendiri. Ini fakta.
Yang peliknya, kalau nak kahwin sebab cinta, pandai pulak kata cinta itu tak ternilai. Tiba masa, ehhhhhh siap ambil kalkulator kira satu-satu berapa sen sangat cinta itu dibandingkan dengan kahwin grand-grand, ala-ala Erra Fazira.
p/s: Pegangan aku: Tak salah perempuan nak belajar tinggi mana pun, nak letak hantaran tinggi mana pun, tapi masih tahu masak dan juga jaga makan pakai suami. Jangan sampai buat nasi kangkang sudah. kehkehkehkeh
p/s 1: nilai hantaran kahwin tidak mencerminkan pun maruah seorang gadis. Call me ortodoks, Yes, I am. :)
yes darling, nilai hantaran tu bukan meletakkan maruah gadis tu di mana pun.. yang penting 2 insan di satukan... yg byk mulut ni sebenarnya makcik2 kat kg tu, huhuhuh, kalau byk katanye jual anak, kalau kurang katanye tak de hasil bakal laki kita tu, hahahha, ntah la, masyarakat... masyarakat... tak pernah nak berpuas hati walau pun perkara tu tak pernah nak kacau hidup depa pun... hahahha
ReplyDelete